Tuesday, March 26, 2013

rosel

assalamualikum..

lama dah tak update blog..ada beberapa kali teringat n ada idea nak tulis tapi tak kesampaian.hari ni plak baru tergerak hati nak post lagi.

kali ni nak share pasal pokok rosselle. kenal ke ape tu pokok rosel?

ni la rupa pokok rosel..tanam belakang rumah. pokok ni sangat lebat berbuah..ni kali ketiga amik buah dia..

ni hasil tuaian rosel bersama anak buah.

diorang sangat rajin membantu.mesti tiap2 hari akan keluar dialog "acu tak nak g siram pokok ke?".."acu jom la siram pokok" sambil pegang baldi..tenkiu2 sebab selalu ingatkan acu korang yang pemalas ni..
yang baju kuning tu namanya kimi, yg sorang lagi tu fizi..

diorang ni suka sangat minum air rosel.tu yang diorang semangat nak tolong petik buah rosel.disebabkan sayang anak buah punya pasal terpaksalah merajinkan diri memproses buah rosel..

ni nak tunjuk cara buat kordial and jem rosel..
step2 lain terlupa nak snap..huhu..

mula2 asingkan buah rosel tu dgn biji dia.basuh betul2 takut ada semut kat celah2 buah..pastu rebus sampai lembut..waktu tu air rebusan tu akan jadi warna merah menyala..cam warna darah pun ada..jadi kepada penggiat seni tempatan kalau nak buat darah tiruan yang edible bole la guna rosel..:)

dah rebus tu tapis n asingkan buah n air rebusan..air rebusan tu bole straight away masak lagi skali n campur gula untuk jadikan sebagai kordial..

hampas atau tapisan buat tu jangan buang..korang g blender sampai betul2 halus n masak sekali lagi dengan gula..jadi lah jem..hebat kan..korang bole dapat dua produk dalam masa yg sama..jimat2..hehe



ni gambar jem n kordial yang tengah dimasak sekali lagi..api tu bagi yg paling slow..takut hangit pulak..

ok..thats all..selamat mencuba..
p/s:kalau ade sapa2 yang nak beli benih,anak pokok n jem rosel bole bgtau ye..sy ada jual..hehe
p/ss: baru bermakna skit post kali ni..:)

pertanian satu ibadah..:)



2 comments:

  1. Tengok dari bentuk buahnya macam Roselle Syrian.

    ReplyDelete
  2. saya tak kenal sgt jenis2 rosel ni tp mmg buah dia jenis besar berbanding rosel biasa..pernah jd buah die kecik sikit dari tapak tangan..

    ReplyDelete