Tuesday, December 22, 2009

Raja zalim Raja bijaksana

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang
 pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini
 tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada
 kerajaan itu dikumpulkan.

 Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun
 sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

 Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang
 raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang
 sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa
 gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat
 ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga
 semua orang untuk mencari ikan itu.

 Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah
 mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.



 Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal
 kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

 Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata
 kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang
 saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut.
Kerana itu mereka
 sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

 Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di
 permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak
 kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak
 berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
 mangkat.

 Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya
 mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau
 mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat,
 sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan
 ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu
 meninggal?


 Tuhan pun berfirman,


 "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat
 suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu
 dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya.
 Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!

 Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu
 Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan
 datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa
 padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di
 dunia!"


 Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.


 Pelajaran pertama adalah:

  Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga,
 sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
 diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
 apabila sedang tertimpa musibah.


 Pelajaran kedua adalah:

 Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan
 Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat
 menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi
 sehingga melupakan urusan ukhrowi.


 Pelajaran ketiga adalah:

 Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat
 keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka
 buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu
 meringankan penderitaannya.


 Pelajaran keempat adalah:

 Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

 Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah
 ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama
 insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang
 perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih
 serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga
 ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

 salam ukhwah..




Monday, November 16, 2009

aku muslim

kte mngaku yg kte nie muslim... tp btol ker kte nie btol2 muslim.. cbe kte semak, muhasabah, koreksi dir.. btol ker kte nie layak d gelar muslim.. ade 10 ciri org muslim..
  1. akidah yang salimah (sejahtera)
  2. ibadah yang sahih
  3. akhlak yang baik
  4. memiliki ilmu dan pengetahuan
  5. mampu berusaha
  6. menepati waktu
  7. sihat tubuh badan
  8. mampu mengawal nafsu
  9. tersusun dalam urusan
  10. bermanfaat kepada org laen
renungkan semula d mna ltaknya dri kte.. adakah islam sekadar pd ic n nme shje.. renung2kn dan selamat beramal
peringatan juga untuk yg menulis as-saff, ayt 3 sesungguhnya sungguh besar murka Allah pada org yang berkata tapi tidak melaksanakan semoga kte bersama2 perbaiki diri..
INSYAALLAH

Friday, October 23, 2009

sahabat

salam menjelang exam...
dalam mnenpuh hri2 yang mkin suntuk utk exam...trasa diri lemah ..
rindukan sahabat seperjuangan untuk memberi dorongan...
rindukan saat bersama2 menempuh dugaan..
ku rindukan mu wahai sahabat..
semoga Allah memberkati persahabatan ini..
InsyaAllah..

Tuesday, October 6, 2009

morning sickness..

latest news
seorang mahasiswa ums di dapati menghadapi symptom morning sickness..(sang rusa)..
sahabat2 nya yang lain sedaya upaya memberi sokongan yang penuh kepada beliau..(sang arnab,sang kancil dan sang burung)..
mereka bersatu padu membantu sang rusa..(membantu ker mghentam...)
huhuhu...
sang rusa yang sedang menahan kesakitan oun berkata...
ADA ORANG X SAYANG NYAWA!!!!
SANG RUSA JGN MARAH2 TAU....
NAK TAU CITE SBNR???? sila tekan

Monday, October 5, 2009

mensyukuri nikmat Allah

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH " Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit. Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya. (Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?) Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus. Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya: (Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur) Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam.

Friday, October 2, 2009

diri ibarat lalang

dalam kita x sedari keadaan telah mengubah kita tanpa di sedari... suatu hari.. jln2 ngan kwn2.. rse cam bebas jer. penuh dgn gelak ketawa.. seronok sgt.. tanpa disedari... smakin melupakan Maha Pencipta.. nauzubillah... begitu senang kita melupakanNya.. namun Dia x prnah melupakan kita.. bayangkan waktu kita sedang bergembira dgn kwn2 @ family... tiba2 Dia lupakan kita.. Dia hentikan waktu kita di dunia.. nauzubillah.. adakah kita ingin pergi dalam keadaan kita tgh gelak terbahak2.. tepuk dada tnya iman.. wallahualam...

salam

salam perkenalan... gunakan kesempatan yang ada di dunia ini untuk mencapai tujuan utama manusia di turunkan ke bumi iaitu sebagai khalifah di bumi ini..jangan jadikan segala masalah sebagai penghalang mencapai sesuatu tujuan tetapi jadikannya sebagai pemangkin kepada kejayaan...